|
Written by Abu Saifuddin
|
|
Thursday, 11 September 2008 |
|
PARIT RAJA, 11/09/2008 - Satu Mesyuarat Pembangun Sistem SLIS Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Bengkel tersebut bertujuan untuk mempersiapkan bahan pembentangan BTPN Johor yang bakal dibentangkan di dalam Konvensyen PKG Peringkat Kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada awal Oktober, 2008 di Negeri Sembilan. Bengkel tersebut yang bermula dari 09/09/2008 dihadiri oleh l0 orang peserta dipengerusikan oleh En Ashaari bin Omar, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Parit Setongkat,Muar. |
|
|
Written by Abu Saifuddin
|
|
Wednesday, 27 August 2008 |
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA KITA KALI KE 51.Layarilah: http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php |
|
Last Updated ( Sunday, 31 August 2008 )
|
|
|
Written by Abu Saifuddin
|
|
Monday, 25 August 2008 |
|
Tangkak, 25 Ogos, 2008 (Isnin) - Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Muar dan Pusat Kegiatan Guru Tangkak telah mengadakan Kurus Peningkatan Professional Untuk Juru Teknik Sekolah (FT17) hari ini. Seramai 31 orang perserta telah menghadiri kursus tersebut. En Mohd Yunan bin Abd Majid, Penolong Pengarah Unit ICT Jabatan Pelajaran Johor telah menyampaikan sesi Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Juru Teknik di sekolah. Selepas itu diikuti oleh En Ashaari bin Omar mengenai tatacara konfigursi Pusat Akses Sekolah (PuAS) dan diakhiri pula dengan pegawai dari GITN berkaitan dengan anti virus Kapersky. Akhirnya kursus tersebut telah ditutup oleh En Abu Saifuddin bin Hj Abu Hanipah, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tangkak. Dalam ucapan beliau mengharapkan semua Juru Teknik sekolah akan dapat memberikan khidmat yang cemerlang di sekolah walaupun baru berkhidmat. Beiau mengingatkan sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru sebagai tempat rujukan. Pusat Kegiatan Guru merupakan ejen khidmat bantu terdekat yang telah diamanahkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan ICT. |
|
|
LEMBAGA PENGURUS SMALAT DILANTIK |
|
Written by Abu Saifuddin
|
|
Wednesday, 20 August 2008 |
|
TANGKAK, 20 Ogos, 2008 (Rabu) - Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Tangkak, En Abu Saifuddin bin Hj Abu Hanipah telah dilantik sebagai Lembaga Pengurus Sekolah Menengah Agama Loghatul-Arabiyah Tangkak (SMALAT) berkuatkuasa pada 1 Ogos, 2008. Perlantikan beliau telah dipersetujui oleh pihak sekolah dan ahli-ahli Badan Kebajikan SMA Loghatul Arabiyah Tangkak. En Abu Saifuddin amat berterima kasih di atas perlantikan dan kepercayaan yang telah diberi oleh pihak berkenaan kepada beliau. Menurut Pengetua sekolah berkenaan, Ustaz Hj Ibrahim bin Abu Samah, perlantikan ini dibuat atas persetujuan semua bagi menggantikan Lembaga Pengurus sekolah berkenaan yang telah meninggal dunia, Tn Hj Abu Hanipah bin Hj Ishak iaitu ayahanda kepada En Abu Saifuddin. |
|
Last Updated ( Monday, 25 August 2008 )
|
|
|
BENGKEL PPSMI UNTUK GURU-GURU PEMULIHAN KHAS |
|
Written by Abu Saifuddin
|
|
Monday, 18 August 2008 |
|
TANGKAK, 18 Ogos, 2008 (Isnin) - Satu bengkel PPSMI/ETEMS diadakan di Pusat Kegiatan Guru Tangkak mulai hari ini, 18 Ogos, 2008 hingga 22 Ogos, 2008. Bengkel ini adalah anjuran bersama Jabatan Pelajaran Neger Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Muar dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Daerah Muar dan Ledang.. Seramai 30 orang peserta dari sekolah-sekolah dalam daerah Muar dan Ledang akan menyertai bengkel ini. Bengkel yang diadakan khas untuk guru-guru Pemulihan Khas ini turut dijalankan di Pusat-Puat Kegiatan Guru yang lain dalam daerah Muar dan Ledang. |
|
Last Updated ( Tuesday, 19 August 2008 )
|
|
|
|